Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)
Okay lets just straight to the point okay. The main point I wrote this entry is actually to share my experiences when I'm visiting Pulau Aman past few days. Pada 25 April 2015 kami beberapa orang para pelajar dan pensyarah dari USM Pulau Pinang telah mengadakan satu lawatan ke Pulau Aman, Pulau Pinang untuk menjalankan satu program di bawah kelolaan Pusat Pengajian Teknologi Industri iaitu 'AmanSejahtera ET@USM'. Program ini merupakan sebahagian daripada program jangka masa panjang Teknologi Persekitaran (Environmental Technology) seiringan dengan kelestarian USM dan agenda Kampus Sejahtera. Oleh itu, sebagai langkah permulaan kami akan melihat situasi di Pulau Aman sebagai titik mula untuk program ini. So, the aim of our visit is to study the sustainability of Pulau Aman in terms of social, environmental-ecological and economic aspects or what we called as SEE.
Sedikit latar sejarah tentang Pulau Aman. Pulau Aman dahulunya terdiri daripada dua buah pulau yang berasingan, di mana Pulau Aman terletak di sebelah selatan dan Pulau Gedung di sebelah utara. Keluasan Pulau Aman adalah 180 ekar persegi manakala Pulau Gedung 108 ekar persegi. Pulau ini mula didiamai oleh penduduk pada tahun 1817 oleh orang keturunan Bugis, Arab dan Kerabat diraja Kedah semasa krisis Siam dengan Kedah ketika itu. Pada awal abad ke 20, jumlah penduduk melebihi 1000 orang yang mana purata penduduknya merupakan nelayan dan perusahaan sampingan adalah memproses belacan. Pada tahun 1910 kaum Cina datang ke pulau ini sebagai nelayan dan kaum India sebagai buruh memecah batu kawi, batu - batu itu dibawa ke tanah besar untuk pembinaan jalan dan bangunan menggunakan tongkang oleh pemerintah British. Pada tahun 1941 setelah Jepun menjajah Malaya maka bermulalah kemerosotan ekonomi dan pada tahun 1948 penduduk hanya tinggal seramai 800 orang (2/3 kaum melayu, 1/3 kaum Cina). Pada masa kini hanya masyarakat Melayu yang tinggal di Pulau Aman ini.
Untuk ke Pulau Aman kita perlu menaiki bot di Jeti Batu Musang dengan hanya RM6 pergi dan balik. Harga yang sangat murah dan berbaloi kan. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja.
Jeti Batu Musang, Batu Kawan. Part naik bot tu yang paling best tapi kejap je kan so tak sempat nak feeling lebih-lebih hehe
Okay, now lets see SEE in Pulau Aman.
SOCIAL
Untuk SEE yang pertama adalah dari aspek sosial. Jumlah penduduk tetap Pulau Aman adalah seramai 254 orang. 117 orang adalah lelaki dan selebihnya seramai 134 orang merupakan perempuan. Pulau ini didiami oleh 56 buah keluarga. Walaupun bilangan penduduk di sini adalah sedikit tetapi mereka tetap hidup dengan harmoni dan bahagia. Bercerita mengenai pentadbiran di pulau ini pula, Pulau Aman di tadbir oleh 2 buah jawatankuasa iaitu JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) yang di ketuai oleh Encik Sanusi bin Ismail dan yang kedua ialah JKKKN (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri) yang di ketuai oleh Encik Abdul Halim. Walaupun Pulau Aman ditadbir oleh 2 buah organisasi yang berbeza meraka tetap berbincang dan mengurus pelbagai masalah atau isu yang timbu di Pulau Aman dengan profesional.
Carta organisasi Pulau Aman
Di Pulau Aman ini juga, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Aman yang terdiri daripada 24 orang pelajar sahaja yang rata - ratanya merupakan penghuni pulau ini. Manakala, bagi mereka yang menuntut di sekolah menengah pula, mereka terpaksa berulang alik dari Pulau Aman ke Jeti Batu Musang untuk keluar bersekolah di sekolah menengah yang berdekatan. Pastinya ini merupakan salah satu cabaran penduduk di Pulau Aman ini.
Tadika Pulau Aman
Pada waktu petang, kanak-kanak akan keluar bersiar-siar di sekitar pulau untuk beriadah dan meluangkan masa bersama kawan-kawan
ECONOMY
Seterusnya, mari kita lihat dari segi ekonomi di Pulau Aman pula. Pada pandangan saya, tahap penjanaan ekonomi di Pulau Aman boleh dikatakan dalam keadaan yang baik dan memberangsangkan. Hal ini kerana penduduk kampung menceburkan diri dalam pelbagai jenis sektor ekonomi seperti perikanan, pertanian, penternakan dan lain-lai seperti industri kecil,pembuatan, perkhidmatan dan perlancongan.
PERIKANAN DAN PENTERNAKAN
Melalui temu bual yang saya jalankan kebanyakan penduduk di sini merupakan nelayan. Tidak hairanlah kerana nama pun perkampungan nelayan dan dikelilingi laut. Maka sumber pendapatan mereka sudah tentu berdasarkan hasil laut. Mereka menangkap ikan dan makanan laut untuk di jual dan di bekalkan kepada pembeli. Selain itu, terdapat juga penduduk kampung yang menjalankan aktiviti penternakan kambing dan rusa.
PERTANIAN
Berdasarkan maklumat dari orang kampung, tanah di kawasan Pulau Aman ini tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam atau kegiatan pertanian. Namun, apa yang menarik terdapat banyak pokok sukun yang tumbuh subur di sini. Oleh hal yang demikian, ramai penduduk kampung yang menanam pokok sukun untuk menjana pendapatan. Buah sukun ni boleh di buat kerepek mahupun di goreng. Selain itu, di sini juga terdapat pokok gajus.
Pokok sukun
INDUSTRI KECIL DAN PERKHIDMATAN
Penduduk kampung di pulau ini juga giat melibatkan diri dalam sektor industri kecil dan perkhidmatan antaranya ialah penghasilan kerepek sukun, belacan, dan kuih tradisional. Terdapat 2 orang penduduk yang mengusahakan perniagaan kerepek sukun di Pulau Aman. Selain daripada kerepek sukun ada juga penduduk yang mengusahakan perniagaan kuih tradisional seperti Kuih Gapit. Seterusnya perkhidmatan juga memainkan peranan yan penting dalam kegiatan ekonomi di Pulau Aman. Sebagai contoh, terdapat perkhidmatan chalet, homestay, bot penampang dan bot pancing. Seramai 13 orang penduduk yang menyediakan perkhidmatan chalet di Pulau Aman khasnya untuk para pengunjung yang berhasrat untuk bermalam di sini. Manakala bagi homestay pula, terdapat seramai 20 orang penduduk yang menyediakan homestay untuk para pelancong tidak kira sama ada dari dalam atau luar negara.
Alat yang digunakan untuk membuat Kuih Gapit
Ada juga penduduk yang membuka kedai cenderamata untuk menjana pendapatan
PERLANCONGAN
Untuk pengetahuan anda, di Pulau Aman ni terdapat banyak tempat dan pemandangan yang menarik yang patut anda kunjungi. Tambahan pula dengan beberapa daya tarikan yang mampu menarik minat orang luar untuk datang ke Pulau Aman. Di Pulau Aman ini, terdapat satu peninggalan sejarah yang sangat menarik bagi saya iaitu Telaga Emas. Apa yang menarik dan istimewa tentang Telaga Emas ni adalah pernah terjadi apabila air pasang dan air laut akan masuk dan bercampur dengan air telaga tersebut tetapi air itu tetap tawar dan tidak berasa masin pun. Untuk melihat dan merasai keistimewaan ini kenalah datang ke Pulau Aman ya.
Okay seterusnya merupakan part yang paling menarik di Pulau Aman ni. Orang kata kalau pergi Pulau Aman tapi tak makan mee udang memang tak sah kunjungan anda ke Pulau Aman. Untuk pengetahuan semua, Pulau Aman sangat terkenal dek keenakan mee udang yang dijual di sini terutama sekali di Restoran Terapung. Di sini juga anda boleh menikmati makanan laut yang fresh dari laut. Anda boleh pilih sendiri hidupan laut seperti udang lipan yang sangat terkenal di sini yang masih hidup untuk dimasak. Terdapat juga makanan laut yang lain seperti ketam, tiram dan sebagainya. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelancong yang datang ke sini semata-mata ingin merasai keenakan mee udang dan makanan laut yang fresh yang terdapat di sini.
Restoran Terapung Pulau Aman
Mee udang dan makanan laut yang membuatkan anda tak keruan hehe
ENVIRONMENT
Berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan di Pulau Aman, pulau ini boleh dikatakan berada dalam keadaan yang agak baik dari segi persekitarannya. Terutama sekali mengenai sampah. Saya ada menemu ramah salah seorang penduduk di sini mengenai pengurusan sampah di pulau ini. Hasil daripada temu bual itu saya dapati penduduk di sini akan mengumpul sampah atau sisa buangan ke dalam plastik hitam dan mereka akan meletakkannya di hadapan rumah mereka dan setiap minggu akan ada pihak yang bertanggungjawab yang akan mengutip sampah-sampah ini untuk dilupuskan di tempat pelupusan sampah iaitu di Bukit Tambun. Walaupun masih terdapat sampah di sekitar pulau namun ianya masih dalam keadaan yang terkawal. Mereka juga akan mengasingkan sisa buangan inorganik dengan sisa buangan organik.
Sisa buangan organik
Selain itu, penduduk di Pulau Aman juga mempraktikkan 3R (Reduce, Reuse & Recycle) dalam kehidupan mereka. Hal ini membuktikan bahawa mereka juga sedar akan kepentingan untuk menjaga alam sekitar demi kelestarian masa hadapan.
Tong yang tidak terpakai diguna untuk menanam bunga
Botol plastik yang diguna semula untuk dijadikan sarang burung. Sangat kreatif bukan?
Sabut kelapa yang diguna semula untuk tanam bunga
Kami juga berkesempatan untuk melakukan gotong-royong membersihkan kawasan sekitar pulau
Pada pendapat saya, Pulau Aman mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan yang boleh dicungkil untuk menjadikan Pulau Aman sebagai salah satu pulau yang berpotensi untuk mencapai kelestarian pada masa akan datang. Lets work together to achieve a sustainable island for our own generation.
Thanks for the vast knowledge and precious memories! Till we meet again <3
No comments:
Post a Comment